Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA

Annyeonghaseyo! Bekas anggota T-ARA, Aerum yang bertanding dalam program survival Idol Rebooting Project: The Unit akhirnya membuka mulut mengenai salah faham tercetus berikutan skandal buli tahun lalu.

Apabila program itu tamat awal bulan ini, Aerum turut serta dalam satu temu bual dan berkongsi mengenai khabar angin dia dibuli dalam T-ARA. Dia turut menjelaskan cerita sebenar seorang anggota kumpulan itu dirasuk.

Apa yang pasti, dia tidak menyalahkan anggota kumpulan itu sebaliknya menyifatkan kurang komunikasi antara mereka adalah punca masalah sebenar.

“Saya tidak rasa semua itu adalah kesalahan anggota T-ARA. Semua kumpulan pasti berdepan konflik. Itu perkara normal tetapi dunia menyalahkan kami dan memanggil kami pembuli.

“Setiap anggota sepatutnya berkomunikasi lebih kerap tetapi ia tidak berlaku. Kami terlalu berhati-hati dan saya tidak setuju ada anggota yang membuli anggota lain,” katanya.

Dia juga turut menyebut perkara itu dalam The Unit.

Menurutnya, setiap anggota dalam kumpulan itu sebenarnya sangat akrab dan boleh bergaul dengan baik.

Jadi, apabila berlaku perbalahan, ia tidaklah serius dan lebih kepada pergaduhan biasa sebagai sebuah keluarga. Sewaktu skandal itu tercetus, mereka semua masih terlalu muda untuk menangani situasi itu dengan lebih baik.

Aerum turut merungkai kisah sebenar apa yang berlaku dengan adik-beradik Ryu Hyoyoung dan Hwayoung. Berdasarkan mesej yang diterimanya daripada Hyoyoung, dia sebenarnya antara anggota paling baik hati.

“Hwayoung seorang yang sangat baik. Dia melayan saya begitu bagus sewaktu menyertai kumpulan itu. Apabila dia mendapat tahu adiknya mengugut saya, dia sangat marah terhadapnya,” katanya.

Tidak mahu memanjangkan isu itu, Aerum sebaliknya sangat bersyukur pengalaman bersama T-ARA banyak mengajarnya.

“Kami semua masih mentah ketika itu dan masing-masing sangat sensitif. Sepanjang bersama T-ARA mengajar saya banyak perkara baru. Bagaimanapun, kadang-kadang terfikir saya pasti tidak banyak terluka sekiranya tak menyertai kumpulan itu,” katanya.
Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.