Adi wira komedi menghiburkan!

FILEM Badang arahan Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen terbitan FiTA Studios dan UiTM Holdings menjanjikan sesuatu yang istimewa buat pencinta filem tempatan.

Ditayangkan di pawagam bermula 15 Februari lalu, Badang di tangan pengasas komestik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat berjaya dengan watak itu.

Meski Badang merupakan percubaan pertamanya di layar perak, namun penyanyi Abang Nak Tegur ini mampu membawa Badang dengan cara tersendiri. Mengakui berlatih selama beberapa bulan demi menjayakan peranan sebagai Bad (Badang), Aliff mengakui lakonan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

             
“Pada awalnya saya sangka berlakon itu mudah. Bagaimanapun apabila terpaksa melakukan babak sama beberapa kali demi mendapatkan apa yang dikehendaki pengarah membuatkan saya sedar, lakonan bukanlah dunia saya. Pernah rasa mahu pulang balik duit lakonan kerana rasa tak sanggup,” seloroh Aliff ketika ditemui di majlis pra tonton filem berkenaan di mmCineplex, eCurve Damansara baru-baru ini.

Sementara itu, Razak mengakui membentuk karakter Aliff sebagai Badang merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dipikul.

 “Pastinya saya meletakkan harapan besar agar filem ini mendapat reaksi yang baik daripada penonton kerana sudah agak lama kita tidak dihidangkan dengan filem super hero komedi seperti ini.

“Saya mahu cari individu yang popular, tetapi bukan artis untuk memainkan watak Badang. Aliff antara calon pilihan tepat apabila kami melakukan perbincangan dan cabaran terbesar adalah membentuk Aliff sebagai Bad (Badang).

                   
Bagaimanapun sebelum penggambaran berjalan saya sudah duga, aspek tersebut akan menjadi cabaran yang paling sukar. Namun saya ambil itu sebagai peluang untuk diri sendiri dan produksi juga. Mahu membentuk seseorang pelakon itu bukanlah suatu yang mudah, lebih-lebih lagi pendatang baru.

“Pada masa sama, saya juga mahu berikan kredit buat pelakon lain seperti Fauzi Nawawi yang berjaya bawa wataknya supaya dibenci dan Fasha kita semua tahu dia sering memberikan komitmen terbaik, hadir ke lokasi penggambaran tepat pada masa dan sanggup ‘dermakan’ rambut untuk menghidupkan watak,” tambah Razak.

Bagi Fasha, filem ini sesuai ditonton seisi keluarga. Katanya jangan lihat daripada sudut negatif. Sebaliknya hadir tonton dengan niat untuk menonton sambil berhibur.

         
“Jangan lihat di sisi kurangnya filem itu tapi pergi tonton terelbih dahulu dan ringankan minda untuk menonton sebuah filem bercorak adi wira komedi seperti Badang. Tiada komen yang boleh saya berikan buat Aliff. Dia pelakon baru dan saya hormati komitmen dan kesungguhannya untuk belajar ketika di set. Bagi saya, dia sudah lulus sebagai pelakon,” katanya optimis.

Filem Badang mengisahkan Badang, legenda terkenal masyarakat Malaysia yang dikatakan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Filem ini memberi fokus kepada wataknya sebagai seorang adiwira.
Adi wira komedi menghiburkan! Adi wira komedi menghiburkan! Reviewed by Kakigosip on 06:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.