8 Tahun Tunggu, Yoo Jae Suk, Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Penantian pelawak terkenal Korea, Yoo Jae Suk dan isterinya yang menginginkan untuk menimang cahaya mata kedua bakal berakhir tidak lama lagi.

Baru-baru ini, hos program realiti popular Korea, Running Man, itu mengumumkan isterinya, Na Kyung Eun kini sedang hamil.

Menurut laporan Sports Chosun, isteri Jae Suk dikatakan telah pergi ke sebuah hospital baru-baru ini.

Satu sumber yang rapat dengan pasangan itu memaklumkan Na Kyung Eun sangat gembira apabila disahkan berbadan dua selepas bertahun-tahun dia dan suaminya berusaha untuk menimang lagi zuriat.

Pasangan itu menganggap anugerah cahaya mata kedua mereka ini sebagai hadiah luar biasa sempena Tahun Baru Seollal (yang disambut masyarakat Korea) baru-baru ini.

"Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun berasa sangat gembira atas hadiah luar biasa yang mereka terima di Tahun Baru Seollal.

"Ketika ini kandungannya (Na Kyung Eun) di tahap awal kehamilan, kerana itu dia akan lebih fokus pada kesihatannya," jelas sumber seperti yang dilaporkan Allkpop.

Yoo Jae Suk, 45 dan Na Kyung Eun mendirikan rumah tangga pada Julai 2008, setahun kemudian Na Kyung Eun mengumumkan kehamilannya. Anak pertama mereka diberi nama Yoo Ji Ho yang kini berusia lapan tahun.

Tidak hanya meraih populariti menerusi Running Man, Jae Suk juga dikenali popular menerusi program televisyen lain seperti Infinite Challange dan Happy Together (musim ke-3).
8 Tahun Tunggu, Yoo Jae Suk, Isteri Bakal Timang Anak Kedua 8 Tahun Tunggu, Yoo Jae Suk, Isteri Bakal Timang Anak Kedua Reviewed by Kakigosip on 13:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.