50 peratus buat pengguna Android!

BERSEMPENA sambutan Tahun Baru Cina, portal penstriman nombor satu di Malaysia, tonton menawarkan pakej penjimatan sebanyak 50 peratus kepada pengguna telefon pintar Android.

Promosi istimewa sehingga 21 Februari ini hanya untuk pengguna Google Play.

Pelanggan baru dapat menikmati langganan bulanan sebanyak RM5 manakala pakej tahunan adalah RM48.

Selain itu, pelanggan tonton juga boleh menyaksikan filem Singing in the Spring: The Movie secara percuma pada Ahad ini.



Pengarah tonton, Perlesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata menerusi tawaran itu, pelanggan dapat menyaksikan pelbagai seleksi program menarik bersama keluarga.

"Sambutan Tahun Baru Cina pelanggan pasti lebih meriah dengan siaran program eksklusif untuk masa terhad," katanya.

Airin berkata, pihaknya optimis tonton akan terus menjadi portal penstriman pilihan nombor satu di negara ini.

Singing in the Spring: The Movie adalah sekuel kepada drama bersiri saluran 8TV, Singing in the Spring.

Filem komedi berteraskan semangat kejiranan itu dibintangi Thomas Jack, Ho Ming Yue, Venice Min, You Lan, Orange Tan, dan Emily Chen.

Maklumat lanjut boleh mengikuti laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram tontonMY.
50 peratus buat pengguna Android! 50 peratus buat pengguna Android! Reviewed by Kakigosip on 13:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.