3 Cinta Hati ‘Pergi’ Serentak, Jue Aziz Menangis Tak Mampu Tahan Sedih

PELAKON Jue Aziz tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila tiga ekor anak kucing kesayangannya mati pada petang Sabtu.

Menerusi muat naik video di laman Instagram, Jue berkongsi kesedihan atas pemergian haiwan kesayangannya itu.

"Ya Allah... macam tahu saja mama esok tak ada outstation, boleh pula dia (anak kucing) ni pergi tiga ekor sekali jalan.

"Sekurang-kurangnya mama tak terkilan kamu semua pergi depan mata mama. Terima kasih Allah bagi pinjamkan sekejap anugerah ini.


"Allah nak tarik benda yang kita sayang bila-bila masa sahaja dengan izinnya. Percayalah, Allah akan menggantikan yang lebih baik," tulisnya di laman tersebut.

Dalam pada itu, Jue turut berkata dia tidak sanggup melihat bangkai anak kucing tersebut.

Ujarnya lagi, ketika itu dia masih mengharapkan agar ada keajaiban anak kucing berwarna putih itu kembali bernyawa.


"Kadang-kadang tu saya cuba kejutkan tiga beradik ini kalau boleh bernafas semula dan mengharapkan keajaiban," kata Jue membalas komen seorang pengikutnya.

Perkongsian pelakon drama Manjalara itu turut menarik perhatian pengikut yang turut bersimpati.

Mereka meninggalkan komen meminta Jue bersabar dengan ujian tersebut dan memahami kesedihan yang ditanggung aktres berusia 34 tahun ini.


"Saya faham perasaan Jue, dulu saya pun macam ni. Sedih sangat apabila kucing kita sayang pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

"Tak boleh tengok Jue menangis, rasa sedih sangat. Sabar ya, Insya-Allah pasti ada ganjaran buat kita semua pencinta kucing," komen netizen.

Sebelum ini, Jue cukup terkenal dengan sikap penyayang kepada kucing dan dia turut memelihara beberapa ekor haiwan tersebut.

Malah, dia juga kerap memuat naik foto kucing peliharaannya di laman sosial dan menerima pujian netizen yang mengagumi cara dia melayan haiwan comel itu.



3 Cinta Hati ‘Pergi’ Serentak, Jue Aziz Menangis Tak Mampu Tahan Sedih 3 Cinta Hati ‘Pergi’ Serentak, Jue Aziz Menangis Tak Mampu Tahan Sedih Reviewed by Kakigosip on 05:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.