Berita Terkini
recent

Zahir Tak Terucap, Flower Ring hanya di Tonton

TONTON membawakan penstriman dua siri drama terbaru Melayu dan Thailand, bermula bulan lalu.

Drama duo bersiri itu ialah Zahir Tak Terucap dan Flower Ring yang disiarkan di laman web itu sejak 20 dan 24 Disember.

Pengarah Tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata, kandungan premium yang berkualiti adalah platform terbaik buat penonton meluangkan masa lapang dengan berkumpul bersama keluarga.

“Oleh sebab itu, kami membawakan dua pilihan drama terbaik kepada pelanggan setia untuk dinikmati bersama yang tersayang. Semestinya, ia disiarkan dalam definisi tinggi (HD) di Tonton," katanya.

Katanya, drama bersiri Flower Ring turut disiarkan serentak di Thailand dan Zahir Tak Terucap yang hadir sulung dalam talian tujuh bulan lebih awal dari tayangan di TV.

“Kami amat positif tonton mampu menjadi satu-satunya platform penstriman dalam talian untuk penonton yang menghargai kandungan drama yang berkualiti,” katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.