Yuna, Adam nikah 28 Januari?

PENYANYI Yuna bakal mengadakan satu majlis sidang media pada Sabtu ini, 27 Januari di Putrajaya, berkaitan majlis perkahwinan bersama tunangannya, Adam Sinclair.

Difahamkan, pasangan ini sedang rancak membuat persiapan menjelang hari bahagia mereka yang bakal diumumkan dalam masa yang terdekat.

Ramai peminat yang turut berkongsi saat bahagia mereka apabila melihat Yuna menerusi laman Instagramnya  berkongsi tentang beberapa aktiviti berkaitan majlis perkahwinan yang ditunggu ramai itu.

Meskipun belum diumumkan secara rasmi, majlis pernikahan Yuna dan Adam dipercayai bakal berlangsung pada Ahad, 28 Januari.

Ia berikutan kad jemputan kahwin pasangan ini yang telah diedarkan kepada tetamu jemputan.

Yuna, 31,mengikat tali pertunangan dengan Adam yang juga merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sincair pada 5 Ogos lalu setelah berkenalan lebih empat tahun.
Yuna, Adam nikah 28 Januari? Yuna, Adam nikah 28 Januari? Reviewed by Kakigosip on 05:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.