YA1M juara Piala Ijtihad

YAYASAN Artis 1Malaysia (YA1M) yang diketuai Presidennya Datuk DJ Dave menjuarai Kejohanan badminton amal merebut Piala Ijtihad.

Dalam aksi final yang berlangsung di Michael’s Badminton Academy Bukit Puchong, YA1M menundukkan The Star Media yang diketuai penyiar terkenal Halim Othman.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Serina Redzuawan berkata, matlamat kejohanan ini adalah untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim.

"Saya juga bersyukur kerana acara yang julung-julung kali kami anjurkan ini mendapat sambutan dari pihak media dan artis.

“Ini sekaligus dapat merapatkan silaturahim kerana karier kedua-dua bidang ini saling perlu memerlukan,” katanya.

Lima pasukan media yang beraksi termasuklah Karangkraf/Sinar Harian, Media Prima, Astro dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Barisan artis pula diwakili empat pasukan iaitu Seniman, Celebrity Sports Club, Bintang dan YA1M.

Selaku juara, YA1M merangkul RM7000 berserta piala, naib juara milik The Star Media membawa RM5000 dan ketiga ketiga milik Astro dengan RM3000.
YA1M juara Piala Ijtihad YA1M juara Piala Ijtihad Reviewed by Kakigosip on 18:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.