Wow! Buang Sampah Pun Mesti Dalam Tong Sampah LV?

Kalau dah namanya hidup serba mewah, maka hendak buang sampah pun mestilah dalam tong sampah berjenama mewah.



Itu yang barangkali cuba mahu diberitahu Kim Kardashian West kepada peminatnya apabila dia berkongsi sekeping foto dua biji tong sampah di laman Twitter dan Snapchat miliknya, minggu lalu.



Menerusi gambar yang di muat naik itu terpapar dua biji tong sampah satu berwarna hitam dan satu lagi biru, dipercayai diletakkan di rumahnya.

Namun apa yang mencuri tumpuan sekaligus membuatkan netizen berkata 'wow' kerana di kedua-dua tong sampah itu jelas tertera logo jenama fesyen mewah Luis Vuitton (LV). Logo tersebut seperti hasil rekaan projek (DIY - do it yourself).

Walaupun tiada mana-mana pihak yang mengesahkan sama ada ting sampah itu kepunyaan personaliti televisyen popular itu namun ramai pengikut di media sosial 'cemburu' dan tergamam.

Tak kurang, ada juga yang menjadikan ia bahan sindiran dan ejekan terhadap Kim Kardahshian.

"Apabila saya katakan saya sampah, saya maksudkan sampah Kim Kardashian," kata seorang pengguna media sosial.

..

Sementara itu, seorang lagi pengguna laman sosial berkata dia pernah melihat tong sampah mini yang juga berlogo LV di laman sesawang eBay. Harga tong sampah tersebut sekitar USD4,000.
Wow! Buang Sampah Pun Mesti Dalam Tong Sampah LV? Wow! Buang Sampah Pun Mesti Dalam Tong Sampah LV? Reviewed by Kakigosip on 05:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.