Wanita Mabuk Buat Kacau di Konsert Celine Dion

Penyanyi terkenal Celine Dion mengalami pengalaman buruk apabila persembahannya diganggu oleh seorang penonton yang sedang mabuk. Namun diva berusia 49 tahun itu tenang dan profesional ketika mengatasi situasi tersebut.



Lapor BCB, kejadian berlaku ketika penghibur yang cukup popular dengan lagu My Heart Will Go On itu mengadakan konsert di Las Vegas, baru-baru ini. Tiba-tiba seorang wanita tiba-tiba saja meluru naik ke atas pentas

Bagaimanapun para pengawal yang bertugas segera bertindak mengusir penonton namun Celine membelanya dan membenarkan dia berada di pentas untuk seketika.

"Keluar, keluar, keluar!" arah Celine Dion dengan nada bergurau kepada pengawal di situ.

"Saya akan membantu kamu keluar," katanya lagi kepada penonton berkenaan.

Menerusi satu rakaman video, Celine sempat berbual dengan peminat wanita itu dan wanita terbabit spontan memeluk idolanya itu.

Selepas keadaan kembali reda Celine pula dilihat berkomunikasi dengan pengawal.

"Terima kasih atas kesabaran kamu," katanya kepada pengawal.
Wanita Mabuk Buat Kacau di Konsert Celine Dion Wanita Mabuk Buat Kacau di Konsert Celine Dion Reviewed by Kakigosip on 20:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.