Video Mengidam Hanya Gurauan

Pelakon dan penyanyi Fazura menafikan dirinya sedang hamil berikutan penularan sebuah video di Instagram menggambarkan dirinya seperti mengidam ketika berada di Eropah baru-baru ini.



Memetik laporan Kosmo! bintang filem Ayat-ayat Cinta 2 ini menjelaskan dia hanya bergurau dalam video tersebut dan masih belum melakukan sebarang pemeriksaan untuk mengetahui sama ada dia hamil

"Sejujurnya, saya tidak tahu saya hamil atau tidak. Saya memang suka bergurau dan saya memang banyak makan. Terkejut juga video itu boleh menjadi bualan ramai.

"Insya-Allah kalau ada berita yang baik, saya tidak akan rahsiakan dan akan kongsikan tapi buat masa sekarang doakan yang baik-baik," katanya.

Fazura, 35, bernikah dengan pelakon Fattah Amin dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November tahun lalu.
Video Mengidam Hanya Gurauan Video Mengidam Hanya Gurauan Reviewed by Kakigosip on 13:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.