Upah Pengawal Peribadi 24 Jam Jaga Keselamatan Cincin

Bukan satu perkara yang mengejutkan apabila mengetahui Paris Hilton mempunyai pengawal peribadi. Namun kali ini pengawal peribadi yang diupah ditugaskan semata-mata untuk menjaga keselamatan cincin yang bernilai kira-kira RM8 juta pemberian tunangnya, Chris Zylka.



Pewaris empayar Hilton itu mengarahkan pengawal peribadinya supaya memastikan keselamatan cincin mahalnya 24 jam terjaga.

"Sejak minggu lalu, dia mempunyai pengawal keselamatan yang mengawasinya 24 jam terutama cincinnya.

"Keputusan mengupah pengawal peribadi berikutan kes pencerobohn yang sering terjadi di kediaman selebriti di Los Angeles seperti rumah milik Nicki Minaj dan Kim Kardashian.

"Dia merasakan itu jalan yang terbaik sekiranya mempunyai pengawal yang sentiasa berjaga-jaga" kata satu sumber seperti yang dilaporkan TMZ.

Selain itu, Paris juga memasang jam keselematan keselamatan di rumahnya.

"Paris sentiasa memakai cincin itu tetapi ketika dia tampil dengan imej yang lebih santai dan biasa, jadi ia tidaklah terlalu ketara," kata sumber itu lagi.

Terdahulu Paris menerusi laman Instagram mengumumkan dia telah mengikat tali pertunangan dengan Chris selepas menerima lamaran romantis daripada lelaki itu ketika mereka sama-sama bercuti di Pergunangan Salji Aspen Colorado, pada Disember lalu.

"Saya kata Ya!. Saya berasa seperti wanita yang paling beruntung di dunia! Impian saya menjadi kenyataan! Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa dongeng itu wujud,", tulisnya.

..

Sementara itu, menurut pereka selebriti terkenal Michael Green, cincin bertahtakan batu berlian itu diilhamkan daripada cincin berlian ibunya.

"Paris pernah memberitahu Chris dia benar-benar menyukai berlian berbentuk buah pear dan ketika Chris datang kepadaku, itulah permintaannya," kata Michael.

Apabila ditanya tentang apa yang difikirkan Paris mengenai cincin itu, Michael menjawab,

"Paris hanya memanggil dan memberitahu saya betapa dia menghargainya, dia mengatakan ia adalah berlian impiannya, dia berkata dia tidak pernah fikir Chris akan datang dengan sesuatu yang begitu sempurna, jelas Michael lagi.
Upah Pengawal Peribadi 24 Jam Jaga Keselamatan Cincin Upah Pengawal Peribadi 24 Jam Jaga Keselamatan Cincin Reviewed by Kakigosip on 01:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.