Tunang Remy Ishak Nafi Pernah Berkahwin

Ahli perniagaan yang juga tunang kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof menyangkal dakwaan dia pernah berkahwin dan mempunyai anak seperti yang tersebar di internet.

Memetik laporan mStar online, Ezza berkata, kanak-kanak lelaki dalam foto yang tersebar di sebuah blog hiburan adalah anak saudaranya.

"Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara tentang diri saya, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak lelaki itu bukan anak saya. Dia anak saudara saya," tulisnya di Instagram.

Dia berkata demikian sekali gus membetulkan fakta sebuah blog yang mendakwa dia mempunyai seorang cahaya mata.

Ezza juga meminta pihak berkenaan untuk membetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah.

"Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betulkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah," tulisnya.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.
Tunang Remy Ishak Nafi Pernah Berkahwin Tunang Remy Ishak Nafi Pernah Berkahwin Reviewed by Kakigosip on 14:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.