Berita Terkini
recent

Tumpang doakan untuk suami saya ya...

PELAKON Amyza Aznan memohon agar kenalan dan peminat mendoakan kesihatan suaminya yang diserang sakit jantung semalam.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Amyza sedang bertungkus lumus menghabiskan penggambaran Mamu Mami Gosip.

“Suami masih di ICU, saya sedang shooting. Production tengah speed untuk habiskan scene saya,” jawapnya ringkas.

Amyza ketika ini terikat dengan penggambaran namun dia mahu habiskan kerja-kerjanya dahulu bagi supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak.

       
Syarikat produksi juga turut cuba mempercepatkan scene yang melibatkan Amyza agar beliau dapat segera kembali ke hospital bagi menjaga suaminya.

Semalam, Amyza memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke ICU Ampang Puteri.

Tulis Amyza, ini merupakan kali pertama suaminya diserang sakit jantung.

“Saya akui, saya lost tanpa dia. YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM, jangan ambil dia.

“Permudahkanlah urusan kami hari ini dan seterusnya. Pada yan sudi, tumpangkan doa saya untuk suami saya ya,” tulisnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.