Berita Terkini
recent

Tular mesej pembahagian kerusi Parlimen Pakatan Harapan

Pembahagian kerusi Parlimen Pakatan Harapan menjadi tular hari ini selepas pengumuman dibuat semasa dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2018 semalam.

Nama-nama bahagian Parlimen diatur lengkap dengan mewakili parti mana yang akan bertanding di kawasan tersebut.

Biarpun begitu, hanya kerusi DAP tidak dinyatakan di dalam mesej berantai tersebut. Hanya tertera di bawah mesej tersebut menyatakan DAP mahukan 20 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Antara yang menarik adalah Parlimen Pokok Sena yang dipegang sebelum ini Datuk Mahfuz Omar yang kini sebagai ahli Parlimen Bebas akan dipertandingkan di bawah parti Amanah.

Apakah Mahfuz akan bersama rakan-rakan lamanya untuk sama-sama dalam Amanah atau bagaimana.

Sehingga kini Mahfuz masih belum memberikan sebarang jawapan mengenai parti mana yang akan disertainya selepas keluar dari Pas baru-baru ini.

Selain itu, berdasarkan mesej tersebut, Bersatu dilihat meletakkan kawasan-kawasan ‘hotspot’ Umno untuk bertanding.

Persoalannya, apakah akan ada pemimpin Umno yang akan lompat parti hanya ingin bertanding di kawasan-kawasan tersebut?

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.