Berita Terkini
recent

T.O.P sekali lagi dilanda kontroversi

BARU sahaja memasuki tahun 2018, ahli kumpulan Big Bang, T.O.P sekali lagi dilanda kontroversi lapor Koreaboo.

Tahun lalu menyaksikan T.O.P menjadi bahan kecaman netizen apabila 'kantoi' menggunakan dadah hingga menyebabkan dia terpaksa keluar daripada latihan ketenteraannya, kemudian dimasukkan ke hospital dipercayai terlebih dos dadah.

Sehingga kini dia kekal berada di bawah radar jauh dari mata orang ramai hinggalah pada malam tahun baru lalu.

Foto dia bersama rakan-rakan keluar minum menyambut tahun baru tular di media sosial menyebabkan netizen mempersoalkan tindakannya itu.

Pada hari yang sama juga adalah konsert terakhir Big Bang sebelum Taeyang and G-Dragon memasuki tentera.

Peminat grup itu khususnya menyatakan rasa kecewa mereka kerana mengharapkan kehadiran T.O.P semasa konsert tersebut kemudian mendapati dia bersama rakan lain sedang meraikan malam tahun baru.

Rakan T.O.P yang memuat naik gambar tersebut segera menukar gambar itu tanpa selebriti itu di dalamnya setelah menyedari reaksi negatif netizen.

Setakat ini, agensi T.O.P, YG Entertainment ataupun rapper itu sendiri tidak memberikan apa-apa komen mengenai perkara ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.