Top 5 Perkahwinan Artis Popular

TAHUN 2017 menyaksikan ramai selebriti popular tanah air mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo mereka. Di sini kami kongsi top5 perkahwinan selebriti paling mendapat perhatian untuk tahun ini.

1. Nur Fazura & Fattah Amin

Perkahwinan yang paling trending sepanjang tahun 2017 semestinya menjadi milik pasangan sensasi, Abdul Fattah Mohd Amin, 27, dan Nur Fazura Sharifuddin yang selamat diijabkabulkan pada 27 November lalu. Majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup ini berlangsung di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Penyatuan dua hati antara pasangan ini mendapat liputan yang cukup meluas daripada pihak media dan menjadi perhatian seluruh peminat kedua-duanya sehingga menjadi tajuk berita yang paling dinantikan.

Terdahulu sebelum itu, pasangan ini telah menyangkal dakwaan yang mengatakan mereka telah bernikah lebih awal sebelum berangkat mengerjakan umrah 15 November lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 13 November.

Pasangan merpati sejoli yang kini sedang berbulan madu di Eropah ini bakal mengadakan dua majlis resepsi  pada awal tahun depan untuk meraikan perkahwinan mereka bersama peminat dan rakan-rakan.

2. Izara Aishah & Adib Khalid

Pasangan sama cantik sama padan, Izara Aishah Hisham, 25, dan Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bergelar suami isteri pada 17 November lalu.

Pada majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

Persalinannya baju pengantin  hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Datul Rizalman Ibrahim yang digayakan Izara untuk majlis tersebut turut mendapat perhatian ramai malah trending di laman sosial.


3. Siti Saleha & Ahmad Lutfi

Heroin drama 7 Hari Mencintaimu, Siti Saleha Mohd Baharom, 27, memilih Ahmad Lutfi Azhar, 31, sebagai teman hidupnya dan sah bergelar suami isteri, 28 Julai lalu.

Majlis yang berlangsung meriah di TPC Bukit Kiara ini berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan kedua-dua pengantin yang cukup anggun dalam persalinan rona putih.

Adik kepada penyanyi Sam Bunkface ini menerima mas kahwin sebanyak RM500, berserta tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan.

Pasangan ini turut mengadakan dua majlis resepsi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara (29 Julai) dan di PAUM Clubhouse (5 Ogos).


4. Ummi Nazeera & Dr Mohd Izzar Anwari

Senyap tanpa tanpa gosip cinta, pelakon Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin, 27, akhirnya memilih calon pilihannya keluarganya, Dr Mohd izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 30, sebagai suami.

Pasangan ini diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman bapa saudara Ummi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu, di mana ia telah diawalkan beberapa hari daripada tarikh asal yang dirancang mereka atas permintaan keluarga.


5. Juliana Evans & Tengku Shariffudin

Pelakon dan pengacara cantik, Juliana Sophie Johari Evans, 29, bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Tengku Shariffudin Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, kerabat diraja Johor dan Selangor pada 30 April lalu.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Istana Alam Shah Klang, Mohd Rasid Mahful dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara mara terdekat.
Top 5 Perkahwinan Artis Popular Top 5 Perkahwinan Artis Popular Reviewed by Kakigosip on 05:32:00 Rating: 5
Powered by Blogger.