Tolak Watak Filem Moden Kerana Mahu Elak 'Dirogol'

Aktres cantik, Keira Knightley memberitahu dia enggan melakonkan watak dalam filem moden kerana wanita dalam filem tersebut "hampir selalu dirogol".

Menurutnya, dia lebih suka melakonkan watak dalam filem berdasarkan sejarah kerana merasakan watak-watak wanita dalam filem itu lebih berinspirasi.

"Saya tidak tahu sangat tentang filem. Saya jarang ambil tawaran berlakon untuk filem zaman moden kerana watak-watak wanitanya hampir selalu diperkosa.

"Saya selalu merasakan wanita digambarkan dalam cara yang tidak menyenangkan (dalam filem moden), manakala filem-filem bersejarah sentiasa memberikan saya peluang melakonkan watak yang berinspirasi," kata pelakon yang berusia 32 tahun itu.

Tidak hairanlah, aktres ini kerap muncul dalam filem berunsur sejarah seperti ‘Pride & Prejudice’, ‘The Imitation Game’, ”The Duchess’ dan banyak lagi.

Bagaimanapun, Knightley berkata terdapat sedikit perkembangan dalam industri kerana dia kini menerima lebih banyak skrip filem di mana watak wanitanya lebih dihormati, tanpa adegan rogol dan bukan sebagai wanita yang hanya mampu menjadi teman wanita atau isteri.
Tolak Watak Filem Moden Kerana Mahu Elak 'Dirogol' Tolak Watak Filem Moden Kerana Mahu Elak 'Dirogol' Reviewed by Kakigosip on 14:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.