The Weeknd Kecewa, Anggap H&M Rasis dan Tidak Sensitif

Penyanyi yang popular dengan lagu Starboy, The Weeknd meluahkan rasa terkilan dengan tindakan jenama fesyen popular H&M yang menampilkan seorang budak berkulit hitam sebagai model untuk koleksi baju panas (sweater) yang bertulis frasa 'Coolest Monkey In The Jungle'.

Hal tersebut menggambarkan seolah-olah H&M langsung tidak sensitif dan sengaja mengambil kesempatan secara halus untuk ‘mengenakan’ orang kulit hitam.

Tambahan satu lagi rekaan baju panas yang sama dengan frasa yang lebih gah berbunyi 'Mangrove Jungle: Official Survival Expert' pula seperti sengaja diberi kepada model kanak-kanak berkulit putih untuk menggayakannya.

Menerusi laman sosial Twitter, bekas teman lelaki Selena Gomez itu berkata beliau tersinggung dan membuat keputusan tidak akan lagi bekerjasama dengan jenama tersebut pada masa akan datang.

"Bangun pagi ini terkejut dan berasa malu melihat foto ini. Saya secara peribadi berasa tersinggung dan tidak mahu berkerjasama dengan H&M lagi…", tulisnya yang sebelum pernah berkolaborasi denganjenama berkenaan untuk menghasilkan beberapa koleksi pakaian lelaki versatile

..

Tweet tersebut mendapat re-tweet sebanyak lebih 77,000 dan hampir 200 ribu 'like'.

Rata-rata peminat dan pengguna Twitter bersetuju bahawa foto itu adalah tidak wajar untuk diterbitkan sebagai iklan kerana ia menyentuh sensitiviti dan hak perkauman kulit hitam yang sememangnya sering diperlekehkan sejak dari dahulu.

Walau bagaimanapun, dilaporkan pihak H&M telah pun menarik balik foto kanak-kanak berkulit hitam tersebut sekaligus mengeluarkan kenyataan maaf pada umum.

“Sekarang imej itu telah pun ditarik balik daripada semua saluran H&M dan kami memohon maaf kepada pihak yang tersinggung”, kata wakil jenama itu.

Biarpun begitu, masih ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan terus mengecam tindakan H&M.
The Weeknd Kecewa, Anggap H&M Rasis dan Tidak Sensitif The Weeknd Kecewa, Anggap H&M Rasis dan Tidak Sensitif Reviewed by Kakigosip on 01:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.