Tak Tuduh Dia Nak Bunuh Saya - Roslan Shah

Pengacara Roslan Shah, 46, menyangkal dakwaan dia kononnya dia membuat laporan polis disebabkan dakwaan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah telah mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuhnya.

Memetik laporan Kosmo! pengacara berasal dari Singapura itu menegaskan laporan polis terbabit dibuat bertujuan untuk menjaga keselamatannya.

"Laporan polis itu dibuat untuk menjaga keselamatan diri. Dalam laporan itu juga tidak menyatakan mengenai tindakan individu terbabit untuk membunuh saya. Itu tidak betul.

"Pihak polis menasihatkan agar kes ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta tidak mengganggu kerja mereka. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Pada 16 Januari lalu Ifa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, setelah menerima panggilan daripada pihak berkuasa yang memintanya untuk datang selepas Roslan Shah membuat laporan polis di Johor dan menuduhnya mengupah seorang pembunuh.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 43, berkata, tuduhan yang dikeluarkan oleh Roslan dianggap sangat melampau kerana ia dilihat sebagai mencemarkan reputasi juga nama baik serta menjejaskan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Tak Tuduh Dia Nak Bunuh Saya - Roslan Shah Tak Tuduh Dia Nak Bunuh Saya - Roslan Shah Reviewed by Kakigosip on 13:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.