Tak Letak Harga Tinggi

Tidak merancang mahu serius dalam dunia lakonan, namun jutawan Datuk Aliff Syukri mengakui terkejut kerana sejak kebelakangan ini menerima banyak tawaran berlakon.



Memetik laporan mStar online, pengasas produk D'Herbs ini bagaimanapun berkata oleh sebab tiada pengalaman dan masih belajar dalam dunia lakonan, jadi beliau tidak meletakkan harga yang tinggi sebaliknya menerima bayaran sama seperti pelakon baharu lain.

"Bayaran saya untuk berlakon tidak banyak macam pelakon baru dapat. Dalam RM1,000 lebih sahaja untuk satu drama atau satu episod," katanya.

Drama lakonannya berjudul Toyol Ke London juga baharu ditayangkan bulan lalu di Astro Ria.

Selain itu dia bakal muncul menerusi filem pertamanya berjudul Badang pada 15 Februari depan.
Tak Letak Harga Tinggi Tak Letak Harga Tinggi Reviewed by Kakigosip on 13:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.