"Tak Goncang Kuat Pun Sebenarnya" - Syatilla Melvin

Pelakon Syatilla Melvin tidak berkecil hati dengan kritikan segelintir pihak terhadapnya ekoran sebuah video yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan dia menggoncang anaknya.

Memetik laporan Utusan, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini malah berterima kasih dengan netizen kerana teguran yang diberikan dan menganggap ia tanda ramai yang menyayangi Syeriv Samheizy yang kini berumur sembilan bulan.

"Apabila orang tegur dan kritik, saya sedar ramai rupa-rupanya orang yang sayang Syeriv. Terima kasih banyak-banyak.

"Tak goncang kuat pun sebenarnya. Syeriv juga gelak cuma saya tak muat naik bahagian itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Syatilla menjelaskan dia tidak berniat menggunakan anak lelakinya, Syeriv Samheizy untuk meraih keuntungan peribadi. Sebaliknya semua pendapatan yang diraih Syeriv disimpan untuk kesenangan masa depan anaknya itu

"Saya memang mengambil peluang ini untuk menyimpan wang untuk Syeriv. Lagipun kita tidak tahu ekonomi kami pada masa hadapan macam mana.


"Malah sebenarnya saya dan Sam yang menumpang rezeki Syeriv. Memang banyak... Tapi semuanya untuk masa depan Syeriv sendiri,” katanya.

"Tak Goncang Kuat Pun Sebenarnya" - Syatilla Melvin "Tak Goncang Kuat Pun Sebenarnya" - Syatilla Melvin Reviewed by Kakigosip on 14:32:00 Rating: 5
Powered by Blogger.