"Tak Cukup Dengan Foto Lucah, Ditawar Buat Seks Pula"

Model dan pelakon baharu, Alif Muhaimin, 24, mendedahkan dia pernah menerima foto lucah daripada individu tidak dikenali di laman Instagram.

Memetik laporan mStar online, bekas juara Hero Remaja 2017 ini berkata dia terkejut apabila individu berkenaan bertindak berani dengan menghantar gambar kemaluan secara terbuka.

"Baru-baru ini saya menerima foto kemaluan daripada seseorang di laman Instagram.

"Sungguh memalukan tindakan itu, saya tak pasti sama ada itu akaun asli atau palsu," katanya.

Tidak cukup dengan kiriman gambar lucah, Aliff juga pernah ditawarkan sejumlah wang untuk melakukan hubungan seks.

Menganggap ia hanyalah usikan nakal peminat, lantas dia hanya mengabaikan sahaja mesej tersebut.

"Saya juga pernah menerima tawaran mengadakan hubungan seks. Terkejut dan tak sangka ada yang berani membuat tawaran begitu.

"Apabila menerima mesej macam itu, saya abaikan sahaja. Nak baca pun tak sanggup dan malu," ujar penuntut bidang sains aktuari daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini.

Dalam pada itu, Alif menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa lelaki yang gemar menayangkan tubuh badan dan menjaga penampilan diri merupakan golongan yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Baginya, lelaki juga memerlukan penjagaan diri dan tambahan pula bergelar seorang selebriti.
"Tak Cukup Dengan Foto Lucah, Ditawar Buat Seks Pula" "Tak Cukup Dengan Foto Lucah, Ditawar Buat Seks Pula" Reviewed by Kakigosip on 06:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.