Berita Terkini
recent

Syura Bidas Tuduhan Sombong, Sudah Lupa Daratan

Menerusi video langsung (LV) di laman Instagram, penyanyi Syura tampil membidas dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia sudah lupa daratan selepas menjadi terkenal.

Memetik laporan Kosmo! Syura juga meluahan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mengecam dan menimbulkan cerita tidak benar tentang keluarganya di laman sosial.

"Kepada semua netizen, katalah apa pun kepada saya. Maki dan cacilah saya. Tetapi tolong jangan babitkan insan paling berharga dalam hidup saya yang telah pun tiada dalam dunia ini. Jangan babitkan arwah bapa dan keluarga saya. Saya mohon sangat.

"Saya boleh terima jika orang bercakap buruk tentang diri saya tetapi jika menyentuh tentang arwah ayah dan keluarga, saya tidak akan berdiam diri," tulisnya.

Akui bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua ini, dia berasa terpukul dengan tuduhan itu yang sekaligus disifatkan sebagai fitnah.

"Sejujurnya saya agak terpukul dengan dakwaan mengatakan saya dan keluarga lupa daratan selepas bergelar artis kerana semua itu tidak berasas.

"Kalau orang kata saya sombong, saya tiada jawapan untuk itu sebab kita manusia dan jika berbuat baik pun, orang tetap nampak buruknya. Saya minta maaf andai ada salah silap dan turut mendoakan mereka yang menabur fitnah itu dilembutkan hati ," kata Syura.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.