Syamel lancar single terbaharu, Biar Cinta

PENYANYI Syamel baharu sahaja melancarkan single baru, Biar Cinta. Selepas sukses dalam beberapa single sebelum ini, pemilik nama lengkap, Syamel Aqmal Mohammad Fodzly, 24, mengakui memberi harapan sama terhadap Biar Cinta agar turut mendapat maklum balas positif pencinta muzik tempatan.

Bekas naib juara Akademi Fantasia 2015 ini juga menambah, dia turut berbesar hati kerana mendapat kerjasama baik daripada komposer, Edry Abdul Halim.

“Biar Cinta merupakan single terbaharu yang menceritakan perasaan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya.


Bagaimanapun, semuanya punah kerana wujud sifat ego dan mementingkan diri menyebabkan wanita yang dicintai itu mengambil keputusan mengundurkan diri.

“Lagu genre balada ini adalah ciptaan saya sepenuhnya. Saya berbesar hati kerana berpeluang menimba pengalaman dan tunjuk ajar dari Edry Abdul Halim juga,” kata Syamel kepada Sinar Harian.

Sementara itu,  Adam Lobo, mewakili Rocketfuel Records turut menambah, dia percaya kepada bakat penyanyi muda itu, lebih-lebih lagi apabila finalis Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) itu juga diundang membuat persembahan di China mewakili Malaysia.

“Ia  membuktikan muzik yang dibawa Syamel diterima ramai. Malah personalitinya yang bersahaja, kelakar dan mudah didekati turut menjadi faktor kejayaannya hari ini. Besar juga harapan saya melihat single barunya itu mendapat reaksi baik seperti mana lagu-lagu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, lirik video Biar Cinta juga  ditonton lebih 200,000 kali selepas dua minggu dimuat naik menerusi Youtube.
Syamel lancar single terbaharu, Biar Cinta Syamel lancar single terbaharu, Biar Cinta Reviewed by Kakigosip on 03:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.