Sung Yuri Tuntut Bayaran Tertunggak Sejak 2009

PELAKON Sung Yuri masih belum menerima sebarang bayaran untuk lakonannya menerusi drama Swallow The Sun yang ditayangkan pada 2009.

Menurut sumber agensi, SL ENT mengesahkan perkara tersebut dan sehingga kini pihak produksi drama tersebut masih belum memberi sebarang penjelasan.

"Sung Yuri masih belum menerima sebarang bayaran untuk drama Swallow The Sun yang ditayangkan pada 2009.

"Kami tahu jumlah keseluruhan dalam $75,300. Kami masih belum mengambil tindakan dan melaporkan pada Korea Entertainment Association tapi sehingga kini bayaran belum diselesaikan," kata sumber.

Tambah sumber lagi, Sung Yuri hanya tidak menerima bayaran untuk drama tersebut sahaja.

Drama yang bersiaran pada Oktober 2009 itu menampilkan Ji Sung, Lee Wan, So Yi Hyun dan ramai lagi.



Sung Yuri Tuntut Bayaran Tertunggak Sejak 2009 Sung Yuri Tuntut Bayaran Tertunggak Sejak 2009  Reviewed by Kakigosip on 07:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.