“Sumpah Saya Tak Tahu” - Ibu Mertua Farid Kamil

Ibu mertua Datuk Farid Kamil iaitu Norsiah Ramli berkata dia tidak mengetahui punca sebenar menantunya membuat laporan polis pada petang Rabu.

Norsiah berkata, dia juga terkejut apabila membaca laporan sebuah portal berita yang mengatakan Farid membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga bersama isteri yang juga anaknya, Datin Diana Danielle.

"Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa," katanya .


Portal tersebut yang memetik kenyataan sumber mendakwa, Farid, 37, memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari memasuki kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Dalam laporan itu Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba tersebut dipercayai memaklumkan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan pada 18 Januari lalu.

Dalam pada itu, Norsiah enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga membabitkan Farid dan Diana.


Terdahulu, pada Rabu, Farid Kamil memuat naik foto di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, di sini sambil memegang salinan laporan polis meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya mahu membela orang teraniaya.

Pada 11 Januari lalu Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 17 Januari lalu.



“Sumpah Saya Tak Tahu” - Ibu Mertua Farid Kamil “Sumpah Saya Tak Tahu” - Ibu Mertua Farid Kamil  Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.