Berita Terkini
recent

Siti Kongsi Hadiah Paling Istimewa Sempena Hari Jadi

Hari ini merupakan hari ulang tahun yang ke-39 penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan sempena hari istimewa ini, beliau berkongsi berita paling gembira dengan peminat yang disifatkan hadiah paling berharga dan bermakna buat dirinya.



Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan pada Mac nanti.

Kata Siti, zuriat yang bakal dilahirkan nanti merupakan hadiah paling bermakna buat mereka selepas 11 tahun menantikannya.

"Nak kongsikan dengan anda semua, Insyallah apa yang kami nantikan rezeki cahaya mata kali ini...", kata Siti sambil memandang suami tercinta

"Doktor telah mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah merupakan seorang puteri," sambung Khalid.

Dalam video tersebut juga Siti juga mengucapkan terima kasih kepada peminat atas ucapan ulang tahun kelahirannya dan beliau mengharapkan semua pihak mendoakan kesihatan dan proses kelahiran bayinya nanti dipermudahkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.