Berita Terkini
recent

Sinaran bintang Li Bingbing di Hollywood

AKTRES asal Wuchang, China, Li Bingbing sekali diberi peluang untuk beraksi di dalam sebuah filem produksi antarabangsa, Guardians of The Tomb yang bakal menemui penonton filem di negara ini Februari depan.

Selainnya, turut sama terlibat di dalam filem aksi fiksyen ini ialah aktor, Kellan Lutz, Wu Chun, Kelsey Grammer dan ramai lagi.

Mengisahkan mengenai sekumpulan saintis yang berdepan dengan pengalaman mengerikan sepanjang ekspidisi dalam mengkaji mengenai kewujudan kehidupan lalu, penceritaan filem arahan Kimble Rendall khabarnya agak sinonim dengan filem Tomb Rider dan The Mummy.

Li Bingbing menyifatkan peluang beraksi di dalam filem termahal produksi China- Australia ini merupakan pengalaman bermakna, apatah lagi ia menjadi antara port-folio seni BingBing berlakon di dalam sebuah produksi mega selepas Resident Evil: Rertribution dan Transformers: Age of Extinction lebih tiga tahun lalu.

Asah penguasaan Bahasa Inggeris
Bagi selebriti luar yang mahu mencipta nama di pasaran Hollywood, pastinya kepetahan di dalam berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris menjadi antara tiket penting dalam meluaskan pengaruh. Bagaimanapun, penguasaan di dalam bahasa universal itu sedikit mengekang usaha aktres cantik ini untuk terus membina nama di negara Uncle Sam itu.

Sama seperti beberapa rakan industri lain yang masih belajar untuk menguasai bahasa tersebut dengan baik, dia juga turut melakukan perkara sama, lebih-lebih lagi filem terbarunya itu turut memerlukannya untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Saya tidak nafikan, penguasaan Bahasa Inggeris menjadi antara yang terpenting, lebih-lebih lagi apabila berpeluang berlakon dengan produksi luar. Selain kita akan lebih mudah untuk memahami dan menjiwai watak yang diberikan, ia juga akan memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan pihak krew produksi.

“Saya masih lagi belajar dan mujurlah, lakonan saya yang terdahulu ada membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ibarat ‘memaksa’ saya untuk lebih sedar kepentingan bahasa tersebut,” katanya yang dipetik menerusi sebuah temu bual.

Pada masa sama, aktres yang mula menjengah dunia seni sekitar tahun 1994 ini juga memberitahu pada peringkat awal, dia agak malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana bimbang apa yang disampaikan itu salah dan mungkin akan ditertawakan.

Namun, persepsi tersebut nyata berbeza apabila pihak krew produksi banyak membantu dan mengakui penguasaan Bahasa Inggerisnya sangat baik ketika di set penggambaran filem Resident Evil: Retribution lalu.

Berkongsi mengenai pendedahannya yang lebih terarah kepada filem bercorak aksi menerusi filem antarabangsa yang dilakonkan pula, Li Bingbing seperti yang dipetik menjelaskan, dia menyukai setiap peranan yang berikan termasuklah watak aksi.

Bakal berlakon dengan Jason Statham
Dalam perkembangan lain, bintang cantik ini juga khabarnya akan berlakon di dalam sebuah lagi filem Hollywood, Megalodon arahan Jon Turteltaub.

Difahamkan, seorang lagi aktres China, Fan Bingbing telah dipilih awal untuk terlibat di dalam filem tersebut pelakon sebelum digantikan Li BinBing. Fan dikatakan menolak peranan tersebut kerana sudah mempunyai komitmen terhadap filem lain.

Filem Megalodon atau Meg diilhamkan daripada buku tulisan Steve Alten berjudul Meg: A Novel of Deep Terror yang diterbitkan pada tahun 1997. Selain mereka, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Jessica McNamee, Winston Chao, Ruby Rose dan ramai lagi.

Trivia Li BingBing

- Pada awalnya, aktres ini tidak pernah merancang untuk bergelar pelakon kerana cita-citanya adalah untuk menjadi seorang guru. Bagaimanapun, pendedahannya di kelas teater telah mengubah segalanya.

- Filem Forbidden Kingdom berjaya melonjakkan namanya di dunia perfileman Asia. Filem yang turut dilakonkan Jackie Chan dan Jet Li itu berjaya mengutip keuntungan lebih AS$128 juta.

- Tahun ini, Li Bingbing juga bakal menjadi superhero wanita pertama China menerusi filem Realm tulisan Stan Lee.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.