Shindong Malu Aksi Peminat Campak Bra

Anggota kumpulan Super Junior, Shindong mengakui pernah melalui pengalaman lucu dan terkejut besar gara-gara gelagat peminat mencampakkan baju dalam mereka ketika dia bersama kumpulannya sedang membuat persembahan.

Menurut Shindong, insiden itu berlaku ketika di konsert yang berlangsung di Amerika Syarikat. Beberapa peminat dengan selamber mencampakkan baju dalam mereka ke atas pentas.

Katanya, secara peribadi dia berasa malu melihat kelakuan peminat tersebut.

"Pada mulanya, saya sangat malu melihatnya, tetapi ia adalah sebahagian daripada budaya negara itu. Tetapi budaya mereka sangat menarik dan menyeronokkan," dedahnya dalam sebuah program televisyen baru-baru ini.


Sementara itu, ketika ini peminat Super Junior di tanah air berdebar menantikan pengumuman tarikh konsert Super Junior 7 (SS7).

Keterujaan ELF (gelaran peminat) Malaysia semakin membuak-buak lebih-lebih lagi selepas semua anggota SuJu mengatakan mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur dengan SS7.

Janji tersebut diucap ketika mereka mengadakan persembahan di konsert KWave 2 bertempat di Stadium Merdeka, pada 13 Januari lalu.
Shindong Malu Aksi Peminat Campak Bra Shindong Malu Aksi Peminat Campak Bra Reviewed by Kakigosip on 14:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.