Shenty Pilih Jejaka Indonesia, Nikah 13 April Depan

Pengacara dan pelakon, Shenty Feliziana bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya aktor kelahiran Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April depan.

Memetik laporan Kosmo! Shenty, 29, dan Reuben mula berkenalan sejak Jun tahun lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama bersiri DO[S]A di Jakarta, Indonesia. Hubungan mereka semakin rapat sejak seminggu selepas tamat penggambaran tersebut.

“Pada awal perkenalan, kami hanya berkawan seperti biasa. Malah masing-masing meletakkan syarat untuk tidak terlibat dengan cinta lokasi.

“Selepas seminggu penggambaran tamat, barulah dia berani meluahkan perasaan. Pada waktu itu saya katakan kepadanya, kalau betul-betul ikhlas datanglah berjumpa keluarga di Singapura. Tidak sangka dia betul-betul melakukannya,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Singapura pada 13 April sebelum resepsi pada keesokan harinya, manakala resepsi di Indonesia pula masih dalam perancangan.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 25 November tahun lalu.
Shenty Pilih Jejaka Indonesia, Nikah 13 April Depan Shenty Pilih Jejaka Indonesia, Nikah 13 April Depan Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.