Shenty Feliziana, Reuben Elishama nikah 13 April

PELAKON dan pengacara dari Singapura, Shenty Feliziana, 29, berkongsi perkhabaran gembira bakal menamatkan zaman solonya bersama lelaki pilihan, Reuben Elishama, 39, pada 13 April ini.

Reuben yang berstatus duda anak satu, merupakan pelakon Indonesia yang turut sama digandingkan dalam drama terbaru lakonan Shenty, Do(S)a.

Menurut Shenty, mereka berdua berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri tersebut dan kemudiannya membawa ke perhubungan lebih serius apabila Reuben menghantar rombongan merisik dan bertunang pada 25 November tahun lalu.

“Kami saling memahami keadaan masing-masing yang pernah mengalami kekecewaan dalam cinta sebelum ini.


“Saya dapat rasakan keikhlasan dia. Cara dia cakap pun berbahasa dan tengok dia layan keluarga penuh dengan hormat terutama sekali perempuan," katanya yang sebelum ini pernah bergelar pengacara Hlive!

Kongsi Shenty lagi, majlis pernikahan mereka yang berkonsepkan tradisional akan berlangsung di kediaman keluarganya di Singapura dan majlis resepsi pula diadakan sehari selepasnya.

Sementara majlis sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung di Bali, Indonesia pada bulan yang sama.
Shenty Feliziana, Reuben Elishama nikah 13 April Shenty Feliziana, Reuben Elishama nikah 13 April Reviewed by Kakigosip on 06:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.