Berita Terkini
recent

Shahrol Shiro sibuk berpolitik?

Agak lama tak dengar cerita ahli kumpulan Shiro, siapa lagi kalau bukan Shahrol.

Kalau ada pun, beberapa minggu lalu dia menamatkan khidmat sebagai penyampai radio.

Andai nampak aktif di kaca TV dan filem pun, hanya Ajak sahaja dengan kali terakhir melalui filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan bulan lalu.

Ada juga teman-teman Cik Pang bertanya, ke mana perginya pelawak ini? Sehinggalah ada teman Cik Pang berkongsi cerita bahawa Shiro sibuk berpolitik, betul ke?

Kata teman Cik Pang, Shahrol semakin sibuk bergaul dengan ahli politik di negerinya. Malah pernah dilihat turun naik Dewan Rakyat dan Dewan Negara bertemu dengan ahli politik tertentu.

Cik Pang bukan mahu ambil tahu parti apa dia perjuangkan atau wakili.

Ye lah! itukan hak individu dan sesiapa saja boleh berpolitik asalkan niat baik untuk membantu rakyat.

Andai kata Shahrol mahu terjun ke dunia politik dan bertanding sekali pun, rasanya tidak salah.

Manalah tahu dengan menggunakan pengaruh dalam dunia hiburan dan kini politik, dia dapat memberi impak lebih positif kepada pembangunan sosial ekonomi negara, kan?

Kepada Shahrol, teruskan usaha untuk beri yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Kami akan sentiasa menyokong perkara yang baik.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.