Shah Rukh Khan Sudah Pilih Nama Anak Ke-4

Shah Rukh Khan sedang merancang untuk memiliki zuriat yang keempat? Itu mungkin tidak mustahil. Mana tahu, kalau-kalau ada rezeki untuk bintang Bollywood itu menimang cahaya mata lagi.

Ada atau tidak, yang pasti aktor berusia 52 tahun itu khabarnya sudah pun memilih nama bakal anak keempatnya.

Sekiranya dikurniakan anak perempuan, Shah Rukh mahu memberikan nama Akanshka. Katanya, nama tersebut diambil daripada nama yang harus di sebut dalam acara TEDTalks India yang mana dia harus mengulangi proses penggambaran beberapa kali gara-gara asyik salah menyebut nama itu.

"Saya bingung ketika menyebut namanya dan ini sangat memalukan kerana ia tidak pernah terjadi kepada saya.

"Saya rasa kalau saya punya anak keempat dalam waktu terdekat, saya mahu memberinya nama Akanshka," tutur Shahrukh seperti dilapor Pinkvilla.

Shahrukh mendirikan rumah tangga bersama Gauri Chibber pada tahun 1991 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Aryan, Suhana dan AbRaham.

Shah Rukh Khan Sudah Pilih Nama Anak Ke-4 Shah Rukh Khan Sudah Pilih Nama Anak Ke-4 Reviewed by Kakigosip on 13:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.