Shaarnaz Dedah Punca Tumbuk Mat Bangla

Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan punca dia menumbuk seorang warga Bangladesh pada 22 Julai tahun lalu disebabkan sikap kurang ajar lelaki berkenaan.

Sharnaaz, 33, mendakwa pergaduhan itu tercetus selepas warga asing itu beberapa kali menegurnya dengan cara yang tidak sepatutnya.

"Macam inilah pasal Gous Ali ni, aku tak mahu panjang cerita kira mengaku salah sudahlah.. sebab apa, memang salah pun bergaduh tapi cuba kalau kau duduk tempat aku.

"Kalau orang asing 'sound' kau lebih dari lima kali tapi kau tak melawan kira hebatlah. Ini sampai siap kurang ajar, aku bukan malaikat kot brader. Tercetuslah pergaduhan comel," tulisnya di Instagram pada Khamis.

Sharnaaz berkata demikian selepas berita tentang kes dia menumbuk seorang lelaki warganegara Bangladesh pada tahun lalu disiarkan semula oleh blog-blog hiburan.

Pelakon filem Juvana itu pada 25 September lalu didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah menumbuk lelaki warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf di sini.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad mengakui menumbuk muka Gous Ali di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja.

Dalam pada itu, Sharnaaz kesal apabila berita tersebut dikeluarkan kembali dengan tujuan tidak baik.

"Mai (datang), sudah manusia yang suka tengok kejatuhan orang lain, cerita sudah lapok dikeluarkan balik bagi hangat.

"Saya layankan saja, janji tidak petik nama mak ayah sudah, kalau tidak sampai lubang cacing aku cari," ujarnya.



Shaarnaz Dedah Punca Tumbuk Mat Bangla Shaarnaz Dedah Punca Tumbuk Mat Bangla  Reviewed by Kakigosip on 04:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.