Seoulhyun Beri Biasiswa RM188,755 Untuk Pelajar Pekak

Dia bukan saja dikenali dan menjadi kegilaan terutamanya di kalangan peminat lelaki kerana imejnya yang seksi malah Seoulhyun juga seorang yang prihatin dan baik hati.



Baru-baru ini agensi FNC Entertainment mendedahkan, pada 29 Disember lalu, anggota kumpulan AOA itu telah memberi sumbangan sebanyak KRW50 juta (kira-kira RM188,755) kepada sebuah sekolah di Seoul, Soul School for the Deaf sebagai biasiswa untuk kegunaan para pelajar.

Sumbangan itu merupakan hasil projek yang dijayakan Soulhyun menerusi saluran Mobile Seoul, baru-baru ini.

"Seolhyun berkata dia tersentuh dan merasai banyak perkara selepas melihat pelajar-pelajar di sekolah itu menikmati muzik ketika mereka mentafsirkan lirik dalam bahasa isyarat.

"Dia memutuskan untuk menderma dengan harapan pelajar dapat belajar dan berkembang dalam persekitaran yang lebih baik," kata wakil FNC Entertainment.

Ini bukan kali pertama Seolhyun menunjukkan sikap murah hati. Sebelum ini, dia pernah menyumbangkan sebanyak FNC Entertainment bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda Pohang, Korea Selatan pada November lalu.

Seoulhyun Beri Biasiswa RM188,755 Untuk Pelajar Pekak Seoulhyun Beri Biasiswa RM188,755 Untuk Pelajar Pekak Reviewed by Kakigosip on 14:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.