Seluar Terkoyak Ketika Menari, Peminat Simpati Pada Naeun

Penyanyi So Naeun mengalami insien memalukan apabila seluarnya terkoyak ketika sedang membuat persembahan di konsert APink, 'Pink Space', yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika kejadian, idola yang berusia 23 tahun itu rancak melakukan tarian lagu berjudul Kok Kok dengan anggota kumpulan lain di atas pentas. Tiba-tiba seluar kulitnya yang ketat terkoyak di bahagian kelangkang.

Tambah malang, momen itu sempat dirakam beberapa para peminat. Meskipun lampu pentas segera digelapkan namun Nauen bersikap profesional dengan meneruskan aksi tariannya sehingga akhir lagu itu. Malah dia meneruskan lagi persembahan sebelum seorang kru membawanya keluar dari pentas untuk menukar seluarnya.

Nasib malang yang dialami Naeun itu terus kecoh dan menjadi bualan hangat netizen lebih-lebih lagi kerana pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan video tersebut yang telah di sunting versi Gif dan menjadikan ia sebagai bahan jenaka.

Ia sekaligus mengundang kemarahan rata-rata peminat kumpulan itu sekaligus penyebaran video Gif tersebut dianggap sebagai gangguan seksual.

"Kenapa awak buat gif daripada itu ... Tolong jangan," komen seorang.

"Anda mengambil gif daripada video, tidakkah ini dianggap sebagai gangguan seksual?", tulis seorang lagi

"OMG tiada siapa yang mahu berlaku seperti itu ketika kamera sedang membuat penggambaran dan mengambil gambar di semua sudut. Dia pasti berasa sangat malu," tulis seorang lagi peminat yang bersimpati dengan nasib Nauen.

Walau bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat ia bukan masalah besar kerana perkara yang sama juga pernah berlaku kepada beberapa artis lelaki mislanya seprti yang pernah terjadi kepada anggota kumpulan TVXQ iaitu Yunho.

Namun ada juga yang meluahkan rasa lega kerana pihak kru membawa Naeun keluar untuk menukar seluarnya. Malah kamera rasmi konsert itu juga difahamkan berada jauh dari pentas dan tidak merakamkan secara jelas.

"Sungguh mengerikan apa yang berlaku kepadanya, kru naik ke pentas dan membawanya keluar untuk menukar seluar. Yang baik ialah kamera terlalu jauh untuk mendedahkan lebih banyak daripada apa yang dilihat," komen seorang peminat lain.

http://www.youtube.com/watch?time_continue=100&v=ExIUaOesGQo

Seluar Terkoyak Ketika Menari, Peminat Simpati Pada Naeun Seluar Terkoyak Ketika Menari, Peminat Simpati Pada Naeun Reviewed by Kakigosip on 13:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.