Berita Terkini
recent

Selepas Ketiadaan JongHyun, SHINee Akhirnya Nekad...

Setelah melalui situasi yang cukup menyedihkan sejak lebih tiga minggu lalu atas pemergian Jonghyun, empat anggota SHINee iaitu Onew, Key, Minho dan Taemin berkongsi mengenai perkembangan terkini mereka sekali gus menjawab tanda tanya dan kerisauan para peminat.

Lapor Koreaboo, pada 9 Januari, masing-masing menulis surat keada peminat menyatakan meskipun mereka masih bersedih namun mereka kini berusaha untuk mengembalikan semula semangat antara satu lain.

Mereka juga berterima kasih kepada peminat dan semua pihak yang telah memberi sokongan saat mereka melalui detik paling mendukakan.

Walaupun tanpa Jonghyun di sisi mereka namun mereka yakin sahabat dan abang mereka itu mahu mereka menunaikan janji kepada peminat untu terus memberikan persembahan dan muzik yang terbaik.

Enggan membuat Shawols (gelaran untuk peminat fanatik) terus bimbang, SHINee memberitahu mereka telah pun membuat keputusan untuk meneruskan konsert di Jepun, "SHINee World The Best 2018 ~ From Now On" yang akan diadakan pada September depan, seperti mana yang dirancang sejak tahun lalu.

"Mulanya saya fikir ia mustahil. Saya fikir kami tidak akan dapat mengadakan konsert. Namun, ibu abang Jonghyung berpesan kepada kami supaya jangan berputus asa. Katanya, kami adalah harapan bagi orang lain, harapan bagi orang-orang yang berdepan dengan kesukaran dalam hidup.

"Kalau saya boleh memberikan kegembiraan, memberikan kebahagian, walaupun kumpulan saya kekurangan ahli, saya membuat keputusan untuk tetap mengadakan konsert dan saya akan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik. Saya sedar saya banyak kekurangan tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk membuktikan SHINee mampu memberikan persembahan yang terbaik," itu antara kata-kata yang tulis Onew di dalam suratnya.

Manakala Key pula berkata," Saya tahu semua orang berharap SHINee akan meneruskan konsert dan saya telah memikirkan sedalam-dalamnya. Ketika semua orang masih bimbang, kami memutuskan untuk meneruskan konsert di Jepun.

"Saya pasti Jonghyun tentu mahu kami meneruskan, dan saya fikir penting untuk memastikan janji kami kepada peminat kami. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 kami sejak debut kami. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dan bimbangkan tentang kami," tulisnya.

Sementara Minho pula cuba menggambarkan dia sekarang semakin tenang dan sudah boleh menerima hakikat.

"Saya pasti ramai yang berpuas hati dan gembira dengan keputusan kami. Saya tidak tahu apa tindakan sebenar yang benar tetapi saya memilih untuk mempercayai apa yang saya lakukan adalah betul dan merancang untuk memastikan janji kami kepada semua orang.

"Saya percaya bahawa detik-detik yang kami kongsi dengan peminat dan seluruh pengurusan kami adalah kenangan yang paling berharga dan paling bahagia buat SHINee dan ia tidak dapat ditukar ganti.

"Tiada yang dapat menggantikan Jonghyun dan kami bimbang bahawa pentas kami mungkin tidak lengkap tanpa dia tetapi saya percaya dia akan berada di sana bersama kami setiap kali kami berdiri di atas pentas di hadapan anda semua. Dan saya dengan sepenuh hati akan meletakkan semua hati saya untuk memberikan yang terbaik," katanya.

Taemin pula berkata dia sangat menghargai sokongan peminat dan mahu menikmati detik-detik berseronok dengan peminat ketika mereka membuat konsert seperti mana ketika mereka berlima sebelum ini.

"Saya mahu kami disayangi sebagai SHINee dan saya mahu bangun dengan yakin untuk menunjukkan Jonghyun akan menonton kami dari atas.

"Saya tahu apa yang akan dilalui SHINee pada masa akan datang tidak mudah. Tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan SHINee tidak dilupakan, dan kami masih bersinar. Semua anggota dan para peminat telah memberi saya banyak kenangan yang indah dan saya bersyukur dan akan terus menjaga kenangan tersebut," katanya.

Terdahulu, pada 18 Disember lalu, industri hiburan Korea dan peminat dikejutkan dengan berita JongHyun ditemui mati di sebuah apartment mewah di Seoul akibat terhidu gas beracun monoksida. Dia dipercayai membunuh diri akibat mengalami masalah depresi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.