Selepas Bebas, Farid Kini Jalani Rawatan di PPUM

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini masih berada di ibu negara dan menjalani menjalani rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Laporan Kosmo! menyebut, satu sumber memaklumkan Farid bagaimanapun tidak pulang ke kediamannya di Casa Tropicana, Damansara sejak di bebaskan.

Namunntidak diketahui berapa lama Farid menjalani rawatan di PPUM.

Terdahulu, Farid mengejutkan masyarakat apabila dia bertindak menampar seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu, selain disahkan positif dadah jenis ganja.

Farid yang sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac hadapan untuk sebutan semula kes.

Sementara pertuduhan berhubung kes narkotik ke atas Farid bagaimanapun masih belum dibacakan kerana masih dalam siasatan pihak polis.
Selepas Bebas, Farid Kini Jalani Rawatan di PPUM Selepas Bebas, Farid Kini Jalani Rawatan di PPUM Reviewed by Kakigosip on 05:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.