Sasqia kini tunangan orang

PELAKON Sasqia Dahari, 33, selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati, Asyraff Khan, 27, di Bangi Golf Resort, sebentar tadi.

Katanya, dia lega majlis berjalan lancar dan kini sah menjadi tunangan orang.

“Sebelum ini saya banyak berahsia mengenai cerita peribadi kerana tiada apa yang perlu dikongsi sehinggalah Asyraff muncul dalam hidup saya.

“Saya yakin dia adalah pilihan tepat sebagai calon suami. Syukur dia menerima seadanya diri saya. Doakan jodoh kami berkekalan,” katanya ditemui selepas selesai majlis pertunangannya.

Pada majlis yang turut dihadiri Asyraff itu, Sasqia menerima barang hantaran seperti kasut, baju dan manisan. Ibu Asyraff, Sarimah Baharuddin menyarungkan cincin ke jari manis Sasqia.

Menurut perjanjian kedua-dia belah keluarga, pasangan itu bertunang selama setahun dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 15 Disember depan.

Wang hantaran turut dibincangkan tetapi Sasqia minta dirahsiakan jumlahnya.

Asyraff berasal dari Singapura dan bekerja dalam sektor hartanah. Mereka berkenalan Ogos tahun lalu di Singapura ketika Sasqia mengadakan pertemuan dengan peminatnya di sana.
Sasqia kini tunangan orang Sasqia kini tunangan orang  Reviewed by Kakigosip on 06:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.