Berita Terkini
recent

Sangkaan Bulan meleset

Kemunculannya dalam filem Busker menjadi tanda tanya penonton, ligat bermain alat muzik namun kurang berinteraksi dengan orang sekeliling.

Kali pertama berlakon filem, pendatang baru, Bulan, 28, mengakui melakonkan watak tidak banyak dialog sangat mencabar dirinya. Apatah lagi, itu pengalaman pertama berlakon filem.

“Saya memang tiada asas lakonan kerana lebih aktif bermain muzik iaitu dram. Saya sendiri tidak sangka boleh ‘terjebak’ dalam bidang lakonan. Semuanya bermula selepas penerbit, Syahrul Imran menghubungi saya di laman Instagram (IG),” kata pelakon yang berasal dari Sarawak itu.

Bulan berkata, ketika itu Syahrul sedang mencari bakat baru untuk muncul dalam filem Busker.

“Syahrul melihat saya bermain muzik di IG kebetulan seorang teman menanda nama Syahrul dalam video yang saya muat naik. Tidak sangka dengan hanya melihat persembahan di IG, saya diberi peluang berlakon filem,” katanya.

Namun, pada awalnya Bulan menyangka wataknya yang kurang berdialog lebih mudah tetapi sangkaannya meleset.

“Saya fikir apabila kurang dialog lagi senang rupanya sangat susah kerana di luar saya seorang yang suka bercakap. Tanpa dialog saya perlu bijak bermain dengan ekspresi muka.

“Oleh itu, saya tidak marah jika ada yang memperlekehkan konon saya bisu atau tidak boleh bercakap kerana itulah watak saya yang mahu ditonjolkan pengarah dalam filem itu,” katanya.

Bulan berharap selepas ini dia diberi peluang melakonkan watak lain dan lebih mencabar.

Filem Busker bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 11 Januari ini. Ia turut dilakonkan Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Lia Natalia dan Mas Khan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.