Berita Terkini
recent

Sangeeta ditawar jadi pengacara

PERJALANAN kerjaya seni Sangeetha Krishnasamy semakin berkembang selepas tampil cemerlang menerusi filem Adiwiraku.

Bukan sahaja dihujani tawaran  membintangi filem dan drama, bahkan dalam bidang pengacaraan.

“Saya sebenarnya terkejut dan pelik. Mana taknya, saya tak pernah pun jadi hos apa lagi untuk program berbahasa Melayu.Tapi, saya terima banyak tawaran sebagai pengacara selepas menang Anugerah Skrin 2017,” katanya kepada Sinar Harian.

Rentetan itu, aktres berusia 32 tahun ini mengakui bimbang menerima tawaran berkenaan lantaran ragu-ragu dengan kemampuan diri.

Bagaimanapun, kata Sangeeta, dia tetap akan cuba mencari pengalaman dan kebolehan diri.

Pada masa sama, anak jati Kuala Lumpur ini meluahkan hasrat hanya mahu berlakon filem.

Bukan mahu menolak rezeki, tambah Sangeeta, tindakan itu diambil demi menjaga nilai kualiti dalam lakonan.

“Biasanya, kalau jadi hos atau berlakon drama, ia memakan masa yang panjang. Jadi, komitmen yang panjang menyukarkan persediaan untuk berlakon filem. Walaupun shooting filem singkat tapi persediaannya pula sangat rumit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sangeeta bakal digandingkan dengan aktor terkenal, Bront Palarae dalam filem arahan Zulkarnain Azhar.

Kata Sangeeta, filem bergenre aksi itu diharap dapat mengeluarkan imejnya sebagai guru dalam Adiwiraku.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.