Berita Terkini
recent

Salman Khan Terima Ugutan Bunuh

Aktor Bollywood Salman Khan menerima ancaman bunuh pada 5 Januari lalu daripada seorang ketua gangster berketurunan Punjabi dikenali sebagai Lawrence Bishnoi.



Lapor India Today, Bishnoi telah ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah mengeluarkan kenyataan dia akan membunuh bintang filem Tubelight itu di Jodhpur, India. Dia sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kes jenayah termasuklah 20 kes cubaan membunuh, menculik dan memeras ugut

"Salman Khan akan di bunuh di sini, di Jodhpur, kemudian dia akan mengetahui tentang identiti kita yang sebenar," katanya kepada media ketika dibawa ke mahkamah Jodhpur dan dikawal ketat pihak polis.

Bukan sekadar mengancam mahu membunuh Salman malah Bishnoi juga mendakwa bahawa dia boleh melarikan diri dari tahanan polis bila-bila masa dia mahu.

"Saya akan melarikan diri dari tahanan polis bila-bila masa yang saya mahu tetapi saya tidak dapat melarikan diri dari penjagaan tidak lama lagi," katanya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab sebenar Salman menerima ancaman tersebut namun dipercayai ugutan itu ada kena mengena dengan kes sekitar Oktober tahun 1998 yang mengaitkan Salman ekoran dia di dakwa memburu spesis black buck.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis, Ashok Rathore berkata, pihaknya telah memperketat kawalan keselamatan untuk pelakon itu.

"Kami sangat berhati-hati dengan ancaman bunuh yang dilakukan oleh gangster tersebut terhadap Salman Khan.

"Kami telah memperketatkan kawalan keselamatan untuk beliau," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.