Salji di Sahara, Doa Anggun Dianggap Sudah Termakbul?

Satu dunia kecoh mengenai fenomena unik, gurun Sahara yang merupakan salah sebuah kawasan paling tandus dan panas di dunia tiba-tiba dilitupi salji buat kali ketiga dalam tempoh 40 tahun pada Ahad lalu.

Ketika umum sehingga kini masih memperkatakan mengenai fenomena menakjubkan itu, laporan beberapa media di Indonesia menyebut kejadian itu seolah-olah 'doa' penyanyi bertaraf antarabangsa Anggun kira-kira 21 tahun lalu sudah termakbul.

..

Ini kerana gara-gara penyanyi kelahiran Jakarta itu mempunyai lagu berjudul 'Snow on the Sahara' di yang dimuatkan di dalam albumnya.

Meskipun pemilik nama sebenarnya Anggun Cipta Sasmi itu tidak menyebut secara nyata 'meramal' fenomena alam itu. Namun ada diselitkan ayat 'Snow on the Sahara' di bait lirik lagu itu.

"If your hope scatter like the dust across your track
I'll be the moon that shines on your path
The sun may blind our eyes, I'll pray the skies above
For snow to fall on the Sahara
If that's the only place where you can leave your doubts
I'll hold you up and be your way out
And if we burn away, I'll pray the skies above
For snow to fall on the Sahara"

'Snow on the Sahara' merupakan single yang dilancarkan pada tahun 1997 petikan album studio antarabangsa pertama Anggun. Lagu tersebut juga dirakamkan dalam bahasa Perancis dengan judul 'La neige au Sahara'.

Single perdana tersebut juga melonjakkan nama Anggun sekaligus menembus tangga carta lagu dunia. Sekali gus dia merupakan penyanyi Indonesia pertama yang berjaya menembusi tangga lagu carta Billboard.
Salji di Sahara, Doa Anggun Dianggap Sudah Termakbul? Salji di Sahara, Doa Anggun Dianggap Sudah Termakbul? Reviewed by Kakigosip on 20:17:00 Rating: 5
Powered by Blogger.