Sakinah, Janna Minta Maaf Isu Gurauan Kaitkan Jonghyun

Kematian seseorang memang tidak sepatutnya menjadi bahan jenaka, tidak kiralah siapa pun mereka.



Namun dek kerana gurauan spontan, pelakon Sharifah Shakinah dan Janna Nick dikritik gara-gara posting sebuah video di Instastory yang dianggap menyinggung perasaan peminat SHINee dan anggota kumpulan itu iaitu mendiang Jonghyun.

Dalam video berdurasi 8 saat menunjukkan Janna sedang berada di salon dan menjalani proses mewarnakan rambutnya. Apa yang mencetuskan kontroversi ialah komen Sakinah yang menyebut penampilan Janna seperti Jonghyun, lalu mereka saling tertawa.

Menurut peminat, Sakinah turut berkata dalam video, "Itu yang mati, kan?".

Kelakuan dua selebriti ini secara tidak langsung telah menyinggung perasaan para peminat kumpulan itu yang menyifatkan gurauan tersebut tidak wajar sekaligus menganggap Janna dan Sakinah tidak menghormati orang yang sudah meninggal.

Enggan isu itu berpanjangan, Janna bagaimanapun memohon maaf menerusi akaun Twitternya dan sekadar berasa lucu dengan jenaka Sakinah yang membuatkan dia ketawa.

Begitu juga Sharifah turut memuat naik posting menerusi Instastory dimana memohon maaf kepada Janna serta para penggemar K-Pop.

"Saya tidak berniat menghinanya," tulis Sharifah.

"Sebenarnya kami menertawakan rambut blondenya (Janna). Maaf kalau saya membuat anda semua tersinggung. Aku sendiri tidak akan mentertawakan kematian seseorang, apalagi yang meninggal kerana depresi. Saya harap masalah ini tidak dibesar-besarkan. Sekali lagi saya minta maaf," katanya.
Sakinah, Janna Minta Maaf Isu Gurauan Kaitkan Jonghyun Sakinah, Janna Minta Maaf Isu Gurauan Kaitkan Jonghyun Reviewed by Kakigosip on 01:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.