Berita Terkini
recent

Saat manis Efron

Biarpun tidak pernah bersua muka dengan Michael Jackson, pelakon Zac Efron pernah mempunyai perbualan penuh emosi dengan legenda muzik itu.

Memori manis itu dikongsi Efron, 30, pada program bual bicara The Graham Norton Show, baru-baru ini.

Mengimbau kembali saat itu kira-kira sembilan tahun lalu, pelakon tampan terbabit memberitahu berpeluang berbual dengan Jackson yang menghubungi pengarah filem Kenny Ortega.

Menurut Efron, ketika itu, dia dan Ortega yang juga pengarah dokumentari Jackson berada di Paris untuk mempromosi filem High School Musical.

“Telefon bimbit dia berbunyi dan Ortega memberitahu panggilan itu daripada Jackson. Dia kemudian bertanya sekiranya saya mahu bercakap dengan Jackson.

“Saya tergamam dan turut memberitahu saya peminat fanatiknya. Selepas itu, Jackson meminta saya memberi telefon kepada Ortega,” katanya.

Bagaimanapun, selepas menyedari Efron bintang High School Musical, Jackson meneruskan perbualan dan turut memberitahu dia peminat tegar filem itu.

“Sebaik mendengar kata-kata itu, saya hampir terjatuh dan mula menangis. Jackson turut menangis selepas memberitahu dia adalah inspirasi dan hero saya,” katanya.

Hampir dilanggar bas

Pada program bual bicara itu juga, Efron turut mendedahkan terbabit dalam kemalangan ketika menunggang basikal dengan pelakon Hugh Jackman di London.

“Saya bukan jenis yang menunggang basikal awal pagi ketika jalan raya sibuk. Ia memang bahaya.

“Pada masa itu, saya mengikut Jackman lalu beberapa kereta dan tiba-tiba sebuah bas dua tingkat muncul di hadapan.

“Saya terus tekan brek dan terjatuh ke bawah tayar hadapan bas itu,” katanya.

Pelakon itu berkata, Jackman yang berada di seberang jalan cuma bertanya keadaannya sebelum menyuruh dia meneruskan perjalanan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.