Berita Terkini
recent

Rumah tangga bergolak, tanyalah Zul sendiri: Isma

ISU masalah rumah tangga melibatkan penyanyi, Isma (AF7) dan suaminya komposer, Zul 2by2 menjadi buat mulut netizen apabila Isma dan suaminyai itu dikatakan telah memuat naik status yang menimbulkan tanda tanya menerusi media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini baik pihak Isma dan suami, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pasangan berkenaan berhubung isu tersebut.

Semalam, Isma ada memuat naik caption yang penuh tanda tanya yang berbunyi;

“Apabila hati aku sudah tawar dan mula tidak kisah, kau boleh lakukan segala apa yang kau mahukan. Aku sudah tidak akan terkesan dan kisah.”

Kemudian, posting itu diikuti dengan satu lagi posting berkenaan dengan motivasi diri.

Sementara Zul pula ada memuat naik caption awal November lalu iaitu Depression is like a war. You Eiter win or you die trying.

Enggan membuat sebarang spekulasi, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan daripada Isma, yang juga merupakan kakak kepada penyanyi, Tomok.

Kongsinya, dia belum bersedia untuk memberi apa-apa komen.

“Jika mahukan lebih kepastian, tanyalah Zul sendiri,” ujar Isma.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.