Berita Terkini
recent

Rosyam Nor buka pasar raya

TERUS meluaskan pengaruh dan jenama, Datuk Rosyam Nor turut mengembangkan perniagaannya dengan menceburi bidang peruncitan dan pemborongan.

Terbaru, pelakon dan penerbit ini bakal membuka sebuah pasar raya, ST Rosyam Mart di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada awal Februari depan.

"Buat masa ini, kita masih melakukan kerja-kerja pengubahsuaian sebelum beroperasi sepenuhnya nanti.

"Konsepnya sedikit berbeza dan lain daripada lain kerana kita menyediakan pasar raya yang canggih dengan persekitaran menarik tetapi dengan harga berpatutan," katanya pada Sinar Harian.

Jelasnya, pasar raya itu merupakan hasil usahasama dengan rakan kongsinya, syarikat Sri Ternak, sejak dua tahun lalu.

"Buat masa ini, kita akan beroperasi di Setiawangsa.

"Tapi, kita juga mengimpikan untuk membuka francais nanti," katanya.

Selain itu, selebriti berusia 50 tahun ini turut berhasrat membuka hotel sendiri yang bertaraf tiga bintang di Brickfields, Kuala Lumpur, tahun ini.

Sebelum ini, Rosyam juga merupakan usahawan tani yang terlibat dalam projek tanaman nangka dan durian belanda di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPM), Lanchang, Pahang, sejak lebih lima tahun lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.