Roslan Shah Dakwa Difitnah Artis Popular

Pengacara Roslan Shah hilang sabar gara-gara tindakan seorang artis popular yang didakwa cuba memburukkan dirinya di laman sosial.

Memetik laporan mStar online, menerusi video secara langsung di Facebook pada malam Ahad lalu, Roslan turut menyifatkan tindakan artis tersebut sebagai melampau dan telah merosakkan reputasinya.

"Apa lagi tak puas hati, cerita pekung aku semua di laman sosial. Memang dia tidak menyebut nama aku tetapi semua orang tahu itu aku.

"Aku mengaku dahulu aku jahat tetapi mengapa perlu dedahkan semuanya sehingga sanggup memfitnah aku?

"Aku sudah hilang sabar, dia sudah melampau kerana selama ini aku diamkan sahaja tetapi kali ini memang aku perlu bersuara," katanya.

..

Dia juga turut mencabar artis berkenaan untuk menonton video secara langsung itu selain menjawab beberapa tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Selain itu Roslan turut mendedahkan beberapa perkara dan rahsia peribadi mengenai artis tersebut sepanjang mereka berkawan sebelum ini.
Roslan Shah Dakwa Difitnah Artis Popular Roslan Shah Dakwa Difitnah Artis Popular Reviewed by Kakigosip on 20:59:00 Rating: 5
Powered by Blogger.