Roslan Melampau Tuduh Saya Upah Pembunuh Upahan - Ifa Raziah

Konflik 'perang' yang tercetus antara pelakon dan pengacara Ifa Raziah dan Roslan Shah nampaknya belum berakhir malah semakin panas.

Terbaru, Ifa memaklumkan beliau terkejut apabila pengacara berasal dari Singapura itu membuat laporan palsu kononnya dia mengupah pembunuhan upahan untuk menembaknya.

Lapor mStar online, Ifa berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dihubungi oleh seorang pegawai polis dari Johor pada pagi Selasa yang memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

"Pagi tadi saya terkejut apabila ada polis menelefon memberitahu ada seorang lelaki iaitu Roslan membuat laporan polis mendakwa saya mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya.

"Memang saya terkejut kerana tuduhan itu sangat melampau dan ia jelas satu fitnah terhadap saya," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, pada petang Selasa.

Tambahnya lagi, tuduhan dibuat Roslan itu sangat berat kerana melabelnya sebagai penjenayah dan ia fitnah yang menjatuhkan kredibilitinya sebagai selebriti.

Malah kata Ifa, dia tidak mengetahui niat sebenar Roslan membuat dakwaan palsu itu kerana dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata ugutan seperti didakwanya.

"Sepanjang saya membuat temu bual bersama media mengenai perselisihan faham kami tidak pernah sekali pun saya ingin menjentiknya apatah lagi mengugut untuk membunuhnya.

"Apa yang saya minta adalah adakan satu pertemuan dan permohonan maaf terhadap saya dan Norshila Amin. Itu sahaja!

"Ini sudah melampau apabila dia buat begini. Jahat sangat ke saya sampai dia buat begini?," ujarnya.

Dalam pada itu, Ifa berkata, lelaki yang didakwa sebagai pembunuh upahan dikenali sebagai Bob itu sebenarnya adalah pengurus artis dari Malaysia. Justeru Ifa berharap polis akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

Berikutan dakwaan itu kata Ifa, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada Rabu (esok) untuk mengambil keterangan daripadanya.

Roslan Melampau Tuduh Saya Upah Pembunuh Upahan - Ifa Raziah Roslan Melampau Tuduh Saya Upah Pembunuh Upahan - Ifa Raziah Reviewed by Kakigosip on 14:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.